Aku tak tau pada siapa harus aku mengadu. Aku kasihan melihat emak yang terlantar. Kesihatan emak sudah semaki teruk. Terlalu seksa untuk aku melihatnya. Emak sudah tidak mau bercakap. Hanya diam dah termenung seolah olah menanggung kesakitan yang amat sangat. Aku tidak tau bagai mana hendak menolong dia.
Bila aku tanya dia hanya diam..Sekali aku tanya sekali dia menyahut. Terlihat kesakitan yang amat sangat di matanya. Tak sanggup untuk aku melihatnya. Apalah yang terdaya dengan kudrat aku hendak menolong. SEsungguhnya aku sayangkan mak. Setiap kali aku melihat mak..Setiap kali itulah air mata aku bertakung. Tapi apa yang mampu untuk aku buat.
Hospital! Aku dah bawak dia kat hospital Sepuluh hari aku tidur di hospital. Tapi masih macam tu juga. Kadang kadang aku rasa aku tak terdaya memikul semua beban ini.. Apa lah dayaku.. Hanya aku seorang yang menjaga mak. Aku tak ada sesiapa yang boleh menolong. Terasa begitu aku keseorangan di muka bumi ini
Salu aku terbayangkan.. Kalau emak tak ada... Pada siapa aku nak mengadu.. Siapakah yang bolehl menyayangi aku seperti emak menyayangi aku.. Aku betul betul terasa daifnya. Boleh aku melalui hidup ini berseorangan tanpa orang yang menyayangi aku. Dulu aku pernah kehilangan... Kehilangan ayah.. Tapi kesedihan itu tak sama dengan kesedihan melihat penderitaan emak menanggung sakit. Kalau emak tak ada.. pada siapa aku nak tinggal. pada siapa untuk aku ngadu.
Aku tak kisah menjaga emak seumur hidup aku .. Janji mak masih ada. Aku tak mau tinggal berseorangan. sepuluh hari mak di hospital.. aku rasakan begitu sunyi.. inikan pula bila emak tidada. Ya Allah... jangan ko amik emakku.. Aku masih memerlukan dia lagi. Aku tidak mahu tinggal berseorangan di dunia ini.
Aku rindu saat dulu.. Aku rindu suara emak.. Aku rindu saat bertekak tekak dengan emak.. hilai tawa emak... emak menjadi semaki pendiam... mungkin dia berasa kesakitan yang amat sangat. Tapi bila aku tanye... dia hanya diam...
Mak sembuhlah cepat... aku ingin dengar soremu yang dulu... gelak tawamu... janganlah membisu... sesungguhnya aku masih lagi memerlukan emak..
Mak ketahuilah sesungguhnya aku amat menyayangimu... ceria lah mak.. ceria seperti dulu. yang membuatkan aku bertambah sedih.. mak aku dah tak mahu makan.. dulu mak aku kuat makan.. apa saya aku bagi dia tak pernah menolak.. lagi memilukan aku mak kini terpaksa makan melalui tiub... setiap kali aku nakmakan aku mesti teringat kan mak..
Kini mak hanya boleh minum susu. YaAllah aku tak sanggup melihat nya.. berikan lah ibu sembuh...BIarpon dia tak boleh bangun aku rela ya Allah.. Janji dia sihat..
falsafah
god puts people in your life for a reason
and removes them from your life for a better reason
Khamis, 3 Jun 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)











0 MUAH MUAH MUAH:
Catat Ulasan