sudah lama aku tak update blog aku. Diketika aku menulis blog ini. Aku sudah tinggal seorang diri. Sebatang kara. Emak saya sudah tiada. Emak telah pergi meninggalkan saya telah hampir sebulan lebih. Emak pergi kerahmatullah pada hariraya ke enam.
Sempat juga aku beraya dengan emak. aku juga tidak menyangka raya tahun ini adalah raya yang terakhir aku bersama emak. Sepanjang bulan puasa aku menjaga dia, dia seolah olah telah sembuh. Hati aku memang agak tenang. dan hatiku lega. Emak yang dulu hanya berdiam telah mula bercakap dan mahu mengambil berat tentang diri aku.
Sungguh aku bersyukur, aku ingat dia telah pulih seperti sedia kala. Dia sudah tidak makan pakai tiub. dah boleh makan sendiri. dari pendiam dan termenung dia sudah boleh bercakap berbual. meskipon pokok bicara dia tidak senormal kita manusia biasa.
Sepanjang bulan puasa dia telah menunjukkan keadaan positif. Totally dia memang sudah sihat. TApi aku masih tidak bagi dia berpuasa. emak macam orang baru tersedar dari tido. Segala percakapan dia macam orang yang hilang akal.. kadang kadang dia kata kat aku dia tengah masak. aku hanya tertawa dan hanya beranggapan mungkin dia teringat masa keadaan dia sihat dahulu.
Sepanjang sebulan lebih aku menjaga dia setelalh keluar dari hospital kuala pilah, aku kita emak sudah pulih seperti sedia kala. Aku tak kesunyian lagi. sebab ada orang teman aku untuk berbicara dah berbual.. yelah kata orang kalau dia tak boleh bergerak sekali pon , tetapi dia masih ada , ada juga teman untuk kita mengadu. ada juga orang yang sudi mendengar segala cerita kita. ada juga oragn yang menyayangi kita. sesungguhnya kasih sayang ibu tiada tandingannya.
Aku terlalu menyayangi emak.. terlalu. walau pon kadang kadang aku pernah hilang sabar ketika menjaga dia, tapi percayalah jauh disudut hati aku tetap sayangkan dia.. terlalu sayangkan dia. Emak aku sayangkan kau. sayang, terlalu sayang.. Sesungguhnya aku dan emak tak pernah berpisah atau berenggang. Kehilangan ayah tidak terasa seperti kehilangan ibu. Kami bukan setakat ibu dan anak, tapi dah macam kawan baik.
Tetapi, aku bersyukur selama sakit itu , aku sering mengucapkan sayang aku pada dia. Aku sering tanya dia, mak, mak sayang mas tak:( mak aku menjawab , sayang... kadang kadang emak juga pandai mengutarakan kata kata yang sama... mas, mas sayang mak tak... ... aku pon menjawab mestilah mak, sayang,, kalau aku tak sayang mak aku tak jaga mak, aku tak tukar pempes mak, aku tak buat itu , aapa yang aku buat demi kerana aku sayangkan mak.
di saat akhir aku bersama mak, aku salu peluk dia masa tido..dulu aku tak pernah buat demikian.. malu konon.. tapi entah mengapa , suara hati aku menyuruh memeluk dia semasa tido.. kata hati aku, aku nak peluk dia sementara dia masih ada.
Setiap hari aku cium tangan dia, cium dahi dia meminta ampun dan maaf padanya. Dulu aku tak pernah berbuat demikian kerana mungkin malu or tidak di latih begitu. Aku suka memeluk dia. kini, aku dah tak dapat peluk mak. hanya doa yang dapat ku berikan. hanya kenangan yang dapat aku kenang sepanjang hayat aku.
Satu hari tu aku telah memarahi mak, sebab dia tamo makan.. asal masuk dia muntah.. tapi aku marah dia bukan keranan aku benci tapi aku risau aku tak tau apa nak buat.. lepas aku marah aku minta ampun padanya.. aku ingat lagi mak hanya pandang je aku..lepas itudia bertanya pada aku, mas , mas sayang mak tak... aku dengan gurau, pura pura marah aku cakap , tak.. aku tak sayang pon ngan mak sebab mak muntah je.. tiba tiba mak nanes.. kemudian aku tersenyum aku kata tak lah mak ... aku sayang lah ngan mak,.. aku gurau je..mak aku tersenyum pada aku
Korang nak tau tak, satu hari tu tiba tiba mak aku berak, berak dia warna hitam sangat. tiba tiba hati aku berderau dah berdebar. Dulu pon mak pernah berak hitam macam tu, tapi bau dia amat busuk tapi kali ni dia berak hitam tak ada bau busuk pula. seminggu lama dia. aku tanye dia mak nape berak mak ni hitam sangat.. mak aku menjawab nak mati agaknya.. aku hanya pandang dia. aku tunjuk kat mak berak dia yang warna hitam itu. dia hanya diam. dan jawab entahlah..
Hari raya pertama, makaku makan dengan beselera. aku masak rendang daging dengan buat ketupat segera. Aku terperanjat. mak makan dengan beselere.. siap mengulang lagi abislah sebuku nasiimpit tu.. Aku beranggapan mak dah sihath totally.. tak pelahl kalau fikiran mak masih tak waras.. mebi kesan ubat penenang yang doktor bagi itu. hari kedua pon mak makan juga tapi tak banyak. hari ketiga mak dah mula nak muntah. Aku naik angin jugalah sebab muntah je.. keesokkan harinya aku nak bagi dia makan dia tamo.. aku apa lagi naik lagi hangin aku, sebab dia tamo makan. perkara yang buat aku risau bila mak tamo makan. aku guna pelbagai cara untuk dia makan. aku ugut dia kalau dia tamo makan aku pasang tiub balik. akhhirnya mak makan juga tapi sikit. then aku bagi dia susu ensure. hari keempat mak dah lemah. hari kelima dia dah diam je.. tamo bercakap.. napas pon turun naik, aku risau makan tamo apa tamo, aku pon bawak gi hospital.
sampai di hospital jempol seperti biasalah.. kalau orang tu nak bersalin agaknya dah beranak lah menunggu.. tak tau apa yang buat lambat. akhirnya aku balik dulu aku gi makan. aku datang hospital balik. baru doktor tu amik kes mak aku. aku malas nak nakcerita keburukan hospital tu.
Doktor kata mak sudah tenat. tapi aku masih tenang lagi.. mak pandang je aku napsa dia turun naik. doktor pakaikan dia oksigen. dia kene masuk wad. doktor panggil aku. dia nasihatkan aku. dia kata, mak awak sudah tenat.. akhirnya doktor suruh aku sain surat yang mengatakan mak aku sudah tak ada h arapan lagi. aku disuruh keluar. di luar aku menangiis sendirian
mak di masukkan ward. dengan bantuan oksigen. aku pegang tangan dia , dia pandang aku.. aku menangis teresak esak. aku kata mak jangan tinggalkan aku. kalau mak pergi aku nak tinggal ngan sapa. aku ajar dia mengucap. aku betul betul rasa keseorangan.
Awal pagi tu, doktor tu kata mak awak kene pergi hospital kuala pilah. aku balik umah dengansegera amik baju aku, dan menelepon oragn blok aku. aku tel acik amran. orang yang paling aku rapat dan percayai.
acik, mak kita dah nazak.. kita takut lah acik, kita tak tau apa nak buat.. acik tolonglah datang.. aku kata.. acik amran kata dia akan datang.. acik amran datang degan oragn blok aku. aku balik umah amik baju.. dan terus ke hospital kuala pilah.
aku tel adik adik mak.. tapi sorang pon tak datang:((sesungguhnya pada hari itu aku betul betul rasa keseorangan.. masa tu aku perlukan bau seseorang.. aku perlukan seseorang untuk aku menangis dihadapannya.. tapi tak ada siap di sisi aku..
aku sampai di hospital kuala pilah mak aku dah tak tak sedarkan diri.. doktor dah pasang alat sokongan pernapasan. aku terperanjat giler. sebab masa dia kat hospital jempul dia ok lagi.. masih sedar.
Mak di masukkan ke icu. doktor icu tanya macam macam aku jawab dengan berhati hati...akhrnya doktor kata mak aku dah tenat dia akan sedaya upaya. masa tu aku tak tau nak wat apa , nak nangis ke , nak diam ke, aku hanya membisu. dan berserah pada takdir. aku tel gee.. aku kata mak aku dah tenat... aku menagis masa aku tel gee.. gee cuba sabarkan aku... Acik amran tel aku dia kata dia dah sampai kat hospital tapi dia tak boleh masuk bukan waktu melawat. Doktor suh aku jangan pergai jauh, mak aku boleh pergi bilabila masa saja. Tapi kala itu aku bercakap pada diri aku, aku tamo menangis.mas ko jangan nangis mas... jangan nanes,, ko kene tabah mas.ko kene tabah. aku kesat air mata aku.
tiba waktu melawat baru aku nampak muka adik mak aku.. tapi tak ada kemesraan.aku dah nekad kalau derang tak datang masa aku dah bagi tau ku kalau mak aku mati aku tak akan bagi tau.. nasib baik derang datang. derang sorang sorasng pegi nengok mak aku kat icu.. lepas abis waktu melawat tu:(derang nak balik lah konon. kakak tengah nazak pon nak balik gak.:(aku biarkan je. aku tak merayu pon. hati aku memang keras. tapi aku jenis tak sampai hati.. aku masuk kebilik icu. doktor tak bagi aku kuar.. dia suruh aku duduk disamping mak ajar mak mengucap
Aku duduk disamping mak, mata mak semakin lama semakin mengecil. jantung dia semaki lama semakin pelahan. aku ajar mak mengucap. Tak sampai hati aku melihat mak macam tu.. Aku tau dia tamo tinggalkan aku.. akhirnya aku redha.. aku kata., mak pergilah,, jangan risau tentang aku, pergilah dengan tenang:( aku redha..akhirnya tepat jam 250 petang hari rabu tu mak aku pergi mengadap ilahi..
aku tenang je bila doktor kata mak awak dah tak ada:(.. aku keluar.. yang aku ingat gee je... aku terus tell dia.. aku kata kat dia mak aku dah tak ada:(( airmata aku mengalir lagi... sampai aje keluar dari icu.... sorang teman tanye aku.. nape mas.. aku kata mak dah tak ada cik, dia peluk aku, aku menangis dalalm pelukan dia:(aku bagi tau cik amran suruh dia bagi tau adik beradik mak aku yang ada kat bawah tu:( aku pujuk diri aku sendiri jangan menangis mas.. jangan menangis mas
Ya Allah aku begitu amat merindui mak.. terasa aku betul betul keseorangan:(apa pon aku sayang padamu mak.. sayang , sayang,sayang sangat padamu
semoga Allah mencucuri rahmat keatas rohnya
falsafah
god puts people in your life for a reason
and removes them from your life for a better reason
Selasa, 26 Oktober 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)











3 MUAH MUAH MUAH:
T_T i can feel ur feeling by reading this post..Please Be strong Hana...Condolence for your lost... May Her Soul Rest In Peace...
TQ BELLE:(ME MEMANG SAYANGKAN DIA:(SANGAT SANGAT:(BILA DIA TAK ADA ME BETUL BETUL KESEPIAN
hadoiiii camne sis leh tak tau nie....al fatihah tuk arwah mak hana...
b strong ok...kalo sunyi tu calling2 ler sis ek...hehe
Catat Ulasan